Tuesday, 29 March 2011

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Dengan nama Allah, Maha Pemurah, Maha Penyayang...


Ya Allah,
aku mulakan laman ini dengan nama-Mu yang terkandung zat-zat yang tiada tandingan.
selawat dan salam kepada kekasih-Mu, Muhammad bin Abdullah SAW.
para anbiya', sahabat, tabi'in, tabi' tabi'in,
seluruh muslimin muslimat, yang masih hidup atau yang telah meninggalkan kami.

Ya Allah, yang maha pengampun,
ampunilah dosa-dosa dan kesalahan kami,
ampunilah dosa-dosa dan kesalahan ibu bapa kami,
guru-guru kami, saudara-saudara kami,
seluruh mukminin dan mukminat, muslimin dan muslimat.

Ya Allah,
suburkanlah istiqamah dalam diri kami,
dalam menjalani kehidupan sebagai hamba-Mu yang soleh solehah,
hadirkanlah keikhlasan dalam setiap gerak kerja kami di jalan-Mu,
kukuhkanlah kaki kami dalam melangkah untuk membawa agama-Mu,
ingatkanlah kami dengan janji-Mu,

Ya Allah,
titipkanlah kasih sayang dalam diri kami kepada saudara-saudara kami,
alirkanlah rasa manisnya berukhuwah kerana-Mu,
suburkanlah sifat dan sikap mahmudah dalam diri kami,
jauhilah diri kami dari perkara mazmumah.

Ya Allah,
sesungguhnya tiada daya upaya kami dalam meneruskan kehidupan ini tanpa rahmat kasih-Mu,
kurniakanlah kebaikan dunia dan akhirat kepada kami,
kurniakanlah kejayaan dunia dan akhirat kepada kami,
kurniakanlah kesejahteraan dunia dan akhirat kepada kami,

amin ya rabb al-alamin.